Bulan disember hampir melabuhkan tirainya untuk tahun 2022 ini. Biasanya pada bulan ini kita akan dapat lihat ramai ibu-bapa mula sibuk mencari klinik untuk sunatkan anak masing-masing.
Sebab kenapa bulan disember selalu dikaitkan dengan bulan berkhatan adalah kerana pada bulan ini merupakan musim cuti sekolah. Jadi, bagi melakukan persediaan untuk anak-anaknya berkhatan, seorang bapa ini yang bernama Mohd Sani Soid telah berkongsi satu projek DIY cara buat tempat gantung kain anak berkhatan hanya menggunakan batang paip PVC sahaja.
Tidak dinafikan, pada minggu pertama berkhatan, anak-anak akan mengikat kain supaya tidak akan menyentuh kawasan yang disunatkan itu bagi mengelak kesakitan.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti bagaimana penghasilan tempat gantung kain ini dihasilkan.
Untuk menghasilkan tempat gantung kain anak berkhatan ini tidaklah begitu rumit kerana peralatan yang digunakan simple sahaja. Pemasangannya tidaklah perlu rapi kerana ini hanyalah untuk gantung kain sahaja, bukan untuk letakkan pasu bunga dan sebagainya.
Bercakap mengenai bajet pula, modal yang dikeluarkan tidaklah begitu tinggi. Ianya hanya sekitar RM30 sahaja, batang paip berukuran 10 meter, join L 8 keping dan join T 8 keping.
Inilah hasilnya setelah projek DIY ini siap dilakukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk penyediaan anak-anak yang mahu berkhatan nanti.
Dengan cara ini, kita tidak lagi perlu risau keadaan anak semasa berkhatan dan selepas berkhatan nanti. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.