Mempunyai perhiasan dinding di rumah akan menimbulkan lagi suasana yang sangat menarik pada rumah itu. Grand mirror dan shiplap wall juga salah satu perhiasan dinding yang popular pada ketika ini. Untuk membuatnya ramai yang melakukan secara diy sahaja dirumah.
Tidak terkecuali kepada Aniey Sabri kerana memilih untuk hiasi dinding rumah iaitu shiplap grand mirror dengan cara yang kreatif dan hasil yang cantik. Untuk anda yang menginginkan sebuah dekorasi grand wall sekali dengan pakej shiplap wall boleh ikuti perkongsian daripada beliau ini.
Percubaan dalam menyiapkan Grand Mirror dan Shiplap. Usaha gigih laki bini. Nak buatnya sehari je bleh siap (seharian siapkan GM seharian jugak siapkan shiplap) tapi dia punya ambik mood tu lama sungguh makan bulan la.
Alhamdulillah tercapai jugak impian nak bergrand mirror dan shiplap macam orang lain. Kerja amatur macam ni lah. Tq En suami Wan Ahmad Sabri berpenat lelah tunaikan impian binimu. Insyaallah next projek nak cuba buat batten plak kat hall atas dan dalam bilik. Harap2 menjadi la.
Ini rupa sebelum melakukan proses grand mirror di ruang makan keluarga beliau.
Ini rupa selepas lengkap memasang grand mirror. Hasil yang sungguh menarik dan cantik dengan pemilihan warna yang terang dan cerah membuatkan ruang makan ini lebih menyamankan. Kemasan wainscoting di sekitar grand mirror juga menambahkan lagi suasana kemewahan itu.
Ini rupa sebelum memasang shiplap pada dinding di sebelah ruang makan keluarga.
Ini hasil selepas selesai pemasangan shiplap pada dinding di sebelah ruang makan keluarga. Nampak perbezaan sebelum dan selepas pemasangan shiplap yang kelihatan lebih cantik dan sangat menenangkan ketika meluangkan masa bersama keluarga.
Kredit : Aniey Sabri