"Idea Membeli Rumah Sebagai Pelaburan", Perlu Ke Sediakan Untuk Anak Seorang Sebuah Rumah?

68 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika kita lihat ibu-bapa sanggup bekerja keras untuk memastikan kesenangan anak pada masa depan serta sanggup melabur beli rumah khas buat anak-anak mereka apabila besar nanti. Itu salah satu petanda yang bagus.

Namun, idea melabur rumah untuk anak ini terdapat banyak kelebihan dan kekurangannya. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, teruskan bacaan di bawah ini.

Idea Membeli Rumah Sebagai Pelaburan Buat Anak, Berbaloi Atau Tidak?

Isu sekitar rumah. Saya tak menolak idea membeli rumah sebagai pelaburan. Baca sampai habis ye.

Idea Membeli Rumah Sebagai Pelaburan
Gambar dari thelorry.com
  1. Ibu-bapa zaman sekarang, terlalu ihsan pada anak-anak. Bekerja keras siang dan malam untuk sediakan setiap anak seorang satu rumah. Boleh dikatakan sudah menjadi satu trend.
  2. Sampai masa nanti, sebab benda percuma, anak-anak akan jual sahaja rumah itu setelah mereka dapat. Duit tersebut guna untuk berjoli, bayar hutang dan untuk hidup bergaya.

    Walhal masa muda, ibu-bapa bekerja bersungguh-sungguh sampai lupa beri ruang rehat pada diri sendiri dan luangkan masa berharga dengan anak-anak.
  3. Secara logiknya, anak-anak pun memang tak akan duduk di rumah itu sebenarnya, lebih-lebih lagi atas faktor tempat. Kita tak tahu anak settle down hidup dan kerjaya di mana.

    Faktor lain adalah, keadaan, design dan anak-anak ada selera dan rumah impian sendiri.
  4. Jual rumah adalah salah satu jalan terbaik anak-anak. Tapi, kena pastikan, pulangannya digunakan sebaik mungkin. Sama ada untuk pelaburan, bisnes dan lain-lain. Bukan untuk digunakan sesuka hati.
  5. Mak dan ayah juga tak boleh terlalu berhadap serta sedih jika anak-anak tak duduk di rumah yang telah disediakan. Biarkan anak kita menentukan jalan hidup dan kerjayanya. Biarkan mereka terbang tinggi.
  6. Kalau betul sayang anak, sediakan mereka dengan didikan yang terbaik, pendidikan agama dan akhlak, guide mereka tentang kehidupan. Bukan ikat mereka dengan belikan rumah sebelah rumah kita lalu wajib duduk bawah ketiak emak.
  7. Perkara yang bagus adalah, apabila kita sediakan anak-anak dengan rumah, jangan beri mereka secara percuma. Boleh bagi, tapi jual kepada mereka dengan harga bukan ikuti nilai semasa. Supaya mereka belajar menghargai. Win-win situation untuk kedua ibu-bapa dan anak-anak.
Idea Membeli Rumah Sebagai Pelaburan

Baru-baru ini beliau ada berbual dengan kawannya, suaminya nak bina rumah besar lepas dapat tanah daripada ibunya.

Kawan beliau pesan :

Abang, buatlah rumah yang saiznya sederhana saja untuk abang dan sayang hidup selesa bersama. Anak-anak akan ada kehidupan sendiri nanti. Bilik yang paling selesa ialah bilik kita. Buatlah sebaik mungkin untuk bilik kita.

Bilik anak-anak, tak perlu ada tandas dan aircond dalamnya. Terlalu selesa akan buat anak kita tak keluar bilik.

Buat tandas anak-anak di luar bilik, Sekurang-kurangnya kita boleh jumpa dan nampak anak kita 5 kali, waktu mereka ambil wudhu nanti.

Beliau berkata dalam bahasa Kelantan:

Olohloh. Brilliant sungguh kawan saya kan, peninggalan untuk anak-anak, bukan dalam bentuk rumah saja. Kita ada ASB dan Tabung Haji contohnya, yang lebih mudah digayakan dan dicairkan, terpulanglah pada kita.

Apapun, Coraklah keluarga dalam acuan yang Allah suka dan redha. Kita bukan hanya nak berkeluarga dan berkasih sayang di dunia saja. Alangkah bahagianya jika terus dapat bersama, sampai syurga.

pelaburan rumah untuk anak
Gambar dari ©kzenon/123rf

P/s : Pandangan beliau bukan yang paling betul dan paling baik. Beliau meraikan semuanya. Tak berdosa jika tak tinggalkan harta untuk anak-anak, juga tak berdosa kalau sudah belikan pun. Ini adalah mengikut kemampuan masing-masing. Katanya.

Setiap dari kita ada matlamat masing-masing dalam menguruskan keluarga. Jadi, uruslah keluarga kita dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, teringat pula kata-kata dari arwah ayahnya mengatakan :

Babah ini, nak ada RM50 sampai hujung bulan pun tak mampu. Semua habis untuk keperluan keluarga. Gaji kecil, belajar tak tinggi.

Babah mampu beri ilmu je pada anak-anak, belajarlah tinggi-tinggi dan carilah harta sendiri,

Semoga semua pengorbanan dan kebaikan ibu-bapa kita, dalam perhatian Allah. Saling mendoakan ya. Beliau bukan pakar pengurusan hartanah, beliau hanya pakar pengurusan jiwa tenang sahaja.

Itulah sedikit perkongsian menarik pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca Giler Deco diluar sana.

Kredit: Hazwani Mohd Dah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down