Dekorasi rumah flat ini sememangnya antara dekorasi yang paling menyerlah berbanding dalam apa jua dekorasi rumah yang lain. Disebabkan rumah flat ini mempunyai design rumah yang menarik jadi ia lebih mudah untuk lakukan dekorasi yang cantik dan menarik.
Seperti yang dilakukan oleh Ayu Roses ini, beliau berkongsikan beberapa keping gambar dekorasi rumah flat beliau yang berkeluasan 712 sqft. Lebih menarik lagi, dekorasi tersebut bertemakan warna putih dan sedikit warna koko untuk menampakkan lagi warna ala-ala Natural Earth ini.
Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada Ayu Roses ini mengenai dekorasi rumah flat beliau yang cantik ini.
Assalamualaikum ayu nak share rumah flat 712sqft, ruang memanjang dari pintu masuk terus ke ruang tamu, masuk² rumah terus jumpa dapur.. tema asalkan sedap mata memandang
Inspirasi Sebuah Dekorasi Rumah Flat Yang Cantik Untuk Anda
Ruang memanjang dari dapur terus ke ruang tamu, Ayu letak bar counter untuk bahagikan ruang tamu dengan ruang dapur.
Sengaja tak letak karpet kat ruang tamu mudah nak sapu atau mop rumah. Tak letak cofee table sebab anak² tengah lasak bagi ruang untuk anak² bermain.
Ruang meja makan dan bar counter, cermin rose gold tu ayu beli kat eco 5x3 bajet tak sampai rm35.
Tempat suami isteridating sambil mengetah atau makan maggi tengah² malam. Dulu selalu berangan nak ada bar counter, Alhamdulillah ada rezeki beli sikit², ayu suka guna kallax sebab best boleh buat macam². Bar counter ni bajet dalam rm650.
Ruang ni guna kallax untuk letak barang letrik yang jarang guna. Blender dan pembakar roti tu anak² selalu bawak lari ke ruang tamu.
My humble mini open kitchen, size comel je 6x6ft untuk ruang dry kitchen.
Disebabkan ruang dapur yang sangat terhad barang yang biasa guna je ada kt ruang ni, kuali yang biasa guna sangkut kat hujung rak, periuk besar² pula yang jarang guna ayu letak kat ruang belakang.
Bekas rempah dari eco, seminggu sekali turunkan dan lap semua penutup.
Disinilah dapur comel ayu, comel² pun hari² berasap. Kat bawah rak tempat stock makanan ala² mini pantry. Wallpaper dari shopee material tebal tahan panas, sesuai lekat kat dapur n bilik air.
Bekas putih tu daripada bekas ice cream, makcik ayu tak guna dah so kutip bwk balik, bekas ni ala² trofast ikea sebekas dalam harga rm12 benda boleh jimat kenape nak beli yang mahal kan ?
Bench ni pula guna kallax, tempat suami lepak² sambil teman isteri memasak, kat bawah tu boleh simpan barang nak buat rak buku atau simpan toys anak pun boleh.
Tong sampah pula beli kt shopee, best sebab besar tinggi paras pinggang, ada 3 compartment boleh asingkan sisa makanan dan juga pampers anak, material pvc kalau kotor boleh basuh atau lap, ada roda boleh tolak kesana kesini.
Sumber : Ayu Roses