Jadual Harian Rumah Yang Betul Untuk Dilakukan Dirumah

17,252 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebelum anda mengetahui jadual harian rumah ini, bagaimanakah anda menguruskan jadual rumah anda sebelum ini? Adakah ianya terurus dan teratur? Sesetengah orang kadang-kadang pada hujung minggu, semua ruangan hendak dibersihkan dalam sekelip mata.

Jika masih dipraktikkan lagi cara sebegitu, itu merupakan jadual rumah yang salah. Sebenarnya ada jadual yang tersusun dan teratur jer untuk anda lakukan. Setiap hari ahad sehingga sabtu, anda perlulah mempunyai jadual yang boleh diikuti agar rumah anda sentiasa bersih.

Jadual harian rumah ini dikongsikan oleh page Makan Sedap Johor. Jadul tersebut boleh diikuti untuk mendapat keadaan rumah yang sentiasa bersih, sedap mata dipandang dan tidak bersepah. Jom kita tengok bagaimana jadual harian ini berfungsi.

Jadual Harian Rumah Yang Perlu Dipraktikkan Agar Rumah Nampak Bersih

Buat apa kita perlu kemaskan rumah kita pada hujung minggu sedangkan kita boleh buat setiap hari jika ikuti jadual harian rumah yang betul

Hari Ahad

Hari ahad ini apa kata mulakan dengan kemas dapur dahulu dengan mencuci peti ais dahulu. Jika ada makanan yang rosak atau buruk, buang dahulu makanan tersebut dan periksa makanan apa yang perlu ditambah.

Hari Isnin

Isnin pula cuba fokus kan pada bahagian permukaan yang  mudah berdebu. Antaranya ialah mengelap pada bahagian meja tv, meja solek, rak buku dan apa jua permukaan yang berdebu.

Jadual Harian Rumah

Hari Selasa

Jika anda rasa karpet ataupun permukaan lantai berpasir sangat. Bolah lah vakum rumah pada hari selasa ini. Cuba anda vakum alas kaki ataupun karpet, di celah tingkap dan juga bawah perabot.

Jadual Harian Rumah

Hari Rabu

Selepas selesai sahaja vakum, masa untuk kita mengemop pula pada hari rabu. Mop lah di sekitar ruang tamu, ruang dapur dan juga bilik tidur agar terasa permukaan lantai licin dan bersih.

Hari Khamis

Jom kita beralih pula kepada mencuci bilik air. Anda boleh lap kan sinki, cuci bangkuk tandas, menyental dinding yang kotor dan juga berus lantai.

Jadual Harian Rumah

Hari Jumaat

Hari jumaat ini antara hari yang santai untuk anda. Jadi, buat juga perkara yang santai seperti menukarkan dan basuh segala cadar, tuala, selimut dan juga sarung bantal.

Hari Sabtu

Sambung juga kepada perkara tukar dan basuh seperti hari jumaat. Namun, kali ini anda membasuhkan kain lap tangan, kain lap kaki dan juga alas kaki. Jika ada kolam atau tub mandi, boleh juga lakukan.

Jadual Harian Rumah

Sebulan Sekali

Ada juga perabot atau[un alatan yang hanya perlu dilakukan sebulan sekali sahaja. Antaranya ialah cuci kipas, membuang sarang labah-labah, membersih perkakasan rumah, membersihkan laman rumah dan juga menjual surat khabar lama.

Sumber : Makan Sedap Johor

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down