Projek DIY Barn Door Untuk Menutup Bahagian Ruang Dapur

6,290 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Selalunya tengok orang buat barn door ni beli yang dah siap kat shopee, lazada. Ada juga yang buat barn door ni menggunakan kayu biasa sahaja untuk kos jimat melakukannya namun pernah tengok tak sebuah barn door yang kukuh dan berat macam yang dilakukan oleh brader bernama Mohamad Rizuan Shah ini?

Beliau berkongsikan sebuah DIY barn door yang dilakukan khas daripada kayu masak iaitu kayu berkualiti tinggi dan berat. Ianya juga dilengkapi dengan frame besi yang kukuh. Keseluruhan DIY tersebut dikatakan mencecah hampir RM900.

Harga yang dinyatakan oleh beliau sememangnya berbaloi berbanding upah orang melakukannya yang boleh dikatakan mencecah ribuan ringgit. Jom kita tengok bagaimanakah proses yang dilakukan oleh beliau untuk projek DIY barn door ini.

Projek DIY Barn Door Frame Besi Yang Kukuh Untuk Menutup Bahagian Ruang Dapur Di Rumah

Super Heavy + Big size Barn door. Demi menutup pintu roti benggali. Pintu antara dapur dan living hall. Projek bulan puasa dan siap sebelum raya dilakukan secara DIY.

Anggaran kasar kos RM900++ termasuk lain2 kos sampingan. Masih berpuas hati kerana ukuran besar dan hasil sedap mata memandang

Bahan Dan Kos Yang Diperlukan Untuk Membuat DIY Ini

  • Railing + wheel 8ft - RM130
  • kayu masak,sawmill (papan 1"x8"x8') 7 keping - RM340
  • Frame besi custom 4x8 - RM300
  • Bathroom grab bar - RM23
  • Big Size Floor guide - RM23
  • Screw/wallplug drop in anchor tukar ke heavy duty - RM20

Proses Dalam Melakukan DIY Barn Door Heavy Duty Ini

Kayu yang digunakan untuk dijadikan sebagai pintu barn door ini.

DIY Barn Door

Kayu yang digunakan ini adalah kayu masak yang telah pun di sawmill. Bukannya kayu pinewood ataupun plywood. Memang kayu ni kayu yang berat sangat-sangat.

Disebabkan ia kelihatan pudar, letakkan teak oil untuk bagi ia nampak bersinar dan urat-urat kayu kelihatan timbul dengan cantik.

DIY Barn Door

Pertama sekali pasangkan railing dan juga frame besi terlebih dahulu. Senang nak letakkan kayu didalam frame untuk proses seterusnya.

DIY Barn Door

Dah siap pasang frame masa untuk masukkan kayu masak ini satu per satu. Berattt oiii kalau letak kayu dulu baru pasang frame.

DIY Barn Door

Satu demi satu kayu diletakkan, akhirnya siap juga pintu barn door yang kukuh dan juga boleh dikatakan berat juga.

Bolehlah tutup ruang antara dapur dan juga bahagian ruang tamu. Tetamu datang pun tak nampak alik dapur.

DIY Barn Door

Roda yang digunakan untuk melancarkan pergerakkan buka tutup pintu barn door ini.

Nak bagi kukuh pada bahagian atas boleh lakukan macam ni.

Untuk setup heavy macam ni banyak stock part kena replace dengan heavy duty punya barang antaranya wall plug. Floor guide dan mungkin akan tambah lagi wall plug. Untuk pengetahuan semua berat pintu ni lebih kurang 90kg++ sebab guna kayu masak.

Kalau yang mana nak buat pakai papan getah atau pine pun ok atas citarasa masing-masing. Sapa pernah potong kayu masak tau la macam mana padat kayu. Finishing kayu plak hanya pakai teak oil untuk nampak natural.

Kredit : Mohamad Rizuan Shah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down