Projek DIY Sinki Dapur Daripada Kayu Pine Yang Kalis Air

10,542 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila mengatakan tentang sebuah proses DIY yang berkaitan dengan kayu pine ini banyak yang boleh ditunjukkan. Antaranya ialah projek diy sinki dapur, DIY rumah kucing, DIY meja makan dan sebagainya.

Melalui sebuah perkongsian daripada lelaki yang bernama Airiel Ibnu Sufian ini, beliau telah melakukan sebuah projek DIY sinki dapur untuk rumahnya. Sinki dapur di rumahnya telah pun rosak dan untuk beli yang baharu sudah tentunya mahal.

Jika ingin melihat bagaimana beliau melakukan proses DIY tersebut dan apa bahan yang diperlukan, jom kita tengok perkongsian beliau ini. Hasil akhirnya mampu membuat anda terkejut.

Projek DIY Sinki Dapur Diperbuat Daripada Kayu Pine Yang Kalis Air

So harini abang share operasi menyelamat. Menyelamatkan poket abang.

Akak kau call..
“Bang, sinki kita dah jatuh.”

“Lek la yang. Sinki tu baru jatuh harini. Hati abang dah lama jatuh pada sayang, abang tak kecoh pun.”

Kedengaran bunyi cawan jatuh dari genggaman akak kau.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Ini

Proses DIY Sinki Ini Dari Awal Sampai Akhir

Sinki dapur yang ni pun dah jatuh. Nasib lah baru bengkok sikit. Kalau satu sinki ni jatuh, banyak kerja pula yang perlu dilakukan.

projek diy sinki dapur

Mula-mula sekali, ambilkan kayu pine dan lakukan rekabentuk sebegini. Pakukan  bahagian kaki agar ia lebih kukuh dan selamat. Sinki dapur masa ni pun telah dibeli. Jadi, terus pasangla kat situ tanpa membuang masa.

Rekabentuk pun dah siap. Kaki pun nampak dah cun.

projek diy sinki dapur

Seterusnya ialah pasangkan kayu pine pada bahagian kaki tersebut. Boleh dijadikan sebagai tempat untuk meletakkan kuali, periuk dan selebihnya.

Saja buat space kecik macamni belah tepi sinki. Senang nak basuh spesis bawang ngan kunyit yang ada.

projek diy sinki dapur

Lubang tu untuk gantung senduk. Tapi terlajak besar. So, berbekalkan kemahiran KBKK, abang come out with a simple solution.

Tadaaa. Buat lubang tu bergigi cenggitu. Takdela senduk-senduk tu terjatuh ke alam lain lepas basuh.

Dari luar nampak macam Gen2. Tapi dalam Hilux.

Hasil Akhir DIY Sinki Dapur Yang Dilakukan Ini

Tadaaa! Inilah dia hasil akhir proses diy sinki dapur yang dilakukan oleh airiel ibnu sufian ini. Hasilnya sangatlah kemas dan cantik.

projek diy sinki dapur

Ini lah dia tempat untuk meletakkan senduk yang dicakapkan itu.

Disebabkan ramai risau kayu tak tahan air, abang dah sapu Timber Hard Wax pada kayu. InsyaaAllah setaun sekali topup. Kayu tu dah jadi kalis air ya tuan tuan.

projek diy sinki dapur

Sangat kreatif cara beliau DIY sinki menggunakan kayu pine. Jimat dan boleh reka mengikut citarasa anda sendiri. Corak kayu tersebut membuatkan dapur beliau nampak aesthetic.


Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat!

Sumber : Airiel Ibnu Sufian

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down