Projek Jadikan Homestay Dekorasi Berkonsepkan Farmhouse

354 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesebuah rumah tentu akan kelihatan lebih menarik dan selesa jika kita mempunyai tema yang tersendiri. Barulah rumah itu nampak tersusun dan kemas. Rumah yang mempunyai tema khas dapat menaikkan lagi keindahan dan seri pada rumah tersebut. Sebagai contoh, ada yang suka rumah berkonsepkan farmhouse. 

Konsep farmhouse atau dikenali sebagai rumah ladang ala inggeris menerapkan dekorasi dalaman rumah yang hangat dan tenang kerana ia lebih dekat dengan alam dan kedesaan. Ia merupakan salah satu konsep yang sangat digemari oleh ramai orang pada masa kini kerana ia lebih kepada suasana kampung. 

Seperti yang telah dilakukan oleh Noro Naim, di mana beliau telah mendekorasikan keseluruhan rumahnya kepada tema ladang ala Inggeris. Jom kita lihat perkongsian dekorasi yang lebih terperinci yang dikongsikan oleh Noro Naim di Facebook.

Dekorasi Sebuah Homestay Yang Cantik Berkonsepkan Farmhouse Untuk Keseluruhan Rumah

In love with farmhouse concept.. Baru berjinak2 ni.. Tak tahu la jadi ke tak konsep ni

Ruang Tamu Berkonsepkan Farmhouse

SEBELUM

Berkonsepkan Farmhouse

Keadaan ruang tamu sebelum dekorasi.

SELEPAS

Berkonsepkan Farmhouse

Keadaan ruang tamu selepas dekorasi.

Salah satu benda yang wajib ada untuk deko tema farmhouse adalah Faux FirePlace.

Berkonsepkan Farmhouse

Terdapat juga hiasan yang berasaskan kayu.

Skema warna yang digunakan adalah warna yang neutral dan sedikit gabungan hitam putih.

Ruang Dapur & Ruang Makan Berkonsepkan Farmhouse

SEBELUM

Berkonsepkan Farmhouse

Keadaan dapur sebelum dekorasi.

Keadaan ruang makan sebelum dekorasi.

SELEPAS

Berkonsepkan Farmhouse

Keadaan dapur beliau selepas dekorasi.

Pada bahagian dapur dan ruang makan, beliau banyak menggunakan warna hitam putih dan kabinet berasaskan kayu.

Bilik Tidur Berkonsepkan Farmhouse

SEBELUM

Keadaan master bedroom sebelum dekorasi.

SELEPAS

Berkonsepkan Farmhouse

Keadaan master bedroom selepas dekorasi.

Katil dan meja sangat sesuai dengan tema farmhouse.

Beliau menambahkan hiasan pada dinding untuk nampak lebih menarik.

Untuk bilik utama, beliau menggunakan warna yang lembut dan terdapat tambahan tumbuhan hijau yang boleh menyerlahkan lagi suasana desa. 

Berkonsepkan Farmhouse

Dekorasi untuk bilik yang kedua.Beliau masih menggunakan skema warna yang sama dengan master bedroom.

Dekorasi bilik yang ketiga. Simple dan menarik!

Berkonsepkan Farmhouse

Dekorasi untuk bilik yang keempat. Beliau masih lagi mengekalkan konsep farmhouse.

Nampak tenang je kan rumah tema macam ni. Duduk di bandar tapi dapat merasa suasana kampung, bestnya! Semoga perkongsian kali ini dapat membantu dan memberikan idea kepada anda untuk deko rumah bertemakan farmhouse

Kredit : Noro Naim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down