Demi melihat anak-anak gembira, seorang ayah sudah pasti sanggup melakukan apa sahaja. Walaupun perkara yang diminta itu kecil di mata ibu bapa, namun bagi anak-anak, ianya cukup besar dan bernilai.
Seperti perkongsian pada kali ini, beliau telah membina rumah kucing untuk anaknya dengan konsep yang cukup cantik dan kreatif.
Bagi melihat proses dan hasil projek DIY ini, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Jangan pernah persoalkan kasih sayang seorang ayah!
Pertama kali kami bela kucing. Jadi, masing-masing teruja. Mat pun dengan lincah siapkan rumah baby baru ini.
Warna dan tema mengikut tema rumah rumah mat. Nasib ada baki cat tempoh hari.
Allah sayang kucing, anak-anak dan semua makhluk ciptaan Nya.
Kerangka rumah kucing mula di buat.
Projek-projek pemasangan diteruskan lagi.
Dawai jaring mula dipasang.
Rumah kucing sudah mula terbentuk.
Rumah kucing yang dibina pada kali ini cukup unik, siap pasang wainscoting lagi tau.
Inilah rupa rumah kucing ini selepas berjaya diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit: Mat Kopiah