Para ibu-ibu ataupun isteri dirumah ni sudah pastinya hujung minggu akan melakukan kerja-kerja membersih dirumah. Banyak juga yang perlu dibersihkan antaranya membasuh baju, mengemaskan rumah dan juga bersihkan langsir yang kotor.
Untuk membersihkan jenis kain langsir ini tidak semua sama cara membasuhnya. Ada yang kena rendam, ada yang kena buang debu dahulu dan ada juga tak perlu basuh pun. Jadi, untuk mengetahui bagaimana untuk membasuh langsir yang berlainan ini boleh lihat tiktok daripada @bossperabot ni.
1. Sheer Curtains
Untuk sheer curtains ni pastikan anda rendamkan dahulu langsir dan biarkan semalaman. Kemudia baru basuh dan bilaskan seperti biasa.
2. Langsir Fabrik Tebal
Untuk langsir fabrik tebal pula lain sikit. Sebelum cuci langsir tersebut pastikan gunakan fabrik pembasmi habuk untuk membersihkan debu yang melekat.
3. Korea Zebra Blind
Seterusnya adalah korea zebra blind. Gunakan penyapu bulu ayam sahaja untuk bersihkan debu.
4. Timber Blind
Tak ramai yang ada timber blind ni tapi yang pasti ada cara untuk membasuhnya. Anda hanya lapkan dengan kain basah sahaja. Itu jer cara dia 🤣
5. Tali Pengikat Langsir
Yang paling last sekali adalah tali pengikat langsir. Yang ni paling simple iaitu hanya basuh dengan tangan sahaja.
Video Tiktok Tips Untuk Bersihkan Kain Langsir
Kredit : @bossperabot