Setiap pemilik rumah sudah pasti mempunyai citarasa yang berbeza dalam mencantikkan bahagian sekeliling rumah. Sesetengah pemilik rumah lebih gemar menggunakan bata biasa dan ada juga yang lebih gembar menggunakan bata merah.
Bagi perkongsian kali ini, pemilik rumah ini lebih memilih untuk menghasilkan tembok dan pagar rumah dengan menggunakan bata merah. Seperti yang kita ketahui, penghasilan pagar dengan menggunakan bata merah lebih rumit berbanding dari bata biasa.
Namun, jika berminat untuk menghasilkan tembok atau pagar rumah dengan menggunakan bata merah, wajib ikuti tips ini jika mahu pagar tersebut kelihatan kemas dan cantik.
Jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Nak kongsi satu lagi kerja tembok bata merah yang berjaya disiapkan.
Tembok ini saya hanya gunakan bata merah biasa sahaja,bukan jenis bata merah cantik atau facing brick.
Cumanya nak ikat itu kena slow and steady dan juga cermat.
Tips 1:
Bagi mendapatkan bata merah biasa yang cun, sebaiknya survey dahulu di beberapa kedai hardware. Kalau cari kedai hardware yang jauh dari rumah sikit pun tak apa sebab selalunya kedai hardware dapat stock bata merah dari kilang yang berbeza. Jadi, kena rajin jalan-jalan cari bata yang sesuai dengan harga yang berpatutan.
Tips 2:
Apabila sudah jumpa bata yang sesuai, terus membuat pesanan dan yang paling penting pastikan semasa penghantaran bata itu minta staff kedai hardware untuk turunkan bata menggunakan kren.
Hal ini bertujuan untuk memastikan permukaan tepi bata tidak pecah dan sumbing semasa proses penghantaran dilakukan. Kalau turun pakai bucket jack biasanya hampir 50% keadaan bata itu akan rosak dan pecah. Namun, jika mahu ikat bata dan kemudiannya lakukan finishing plaster tak apa. Tetapi, kalau nak dapatkan finishing tanpa plaster, kena berhati-hati semasa penghantaran dilakukan.
Tips 3:
Untuk proses mengikat bata, sekali lagi perlu pilih dan periksa keadaan bata tersebut. Cuba pilih dan asingkan bata yang comel dan tak comel.
Sekiranya dapat bata yang comel, barulah kita mula ikat bata. Semasa proses ikat, pastikan lap dan cuci terus lebihan simen atau lebihan air simen itu.
Ini bertujuan bagi memastikan keadaan permukaan bata sentiasa bersih. Jangan sesekali tunggu sampai lebihan simen itu mengering baru nak cuci, memang menangis nanti.
Itulah sebabnya jika nak ikat bata jenis ini dan dapatkan finishing, kena slow and steady. Memang akan mengambil masa yang lama. Pastikan tukang ikat bata itu adalah seorang yang penyabar. Pastikan juga masa ikat itu, jarak antara bata konsisten. Baru nampak comel dan kemas hasilnya.
Tips 4:
Apabila sudah siap ikat, periksa balik ruang gap antara bata bagi memastikan simen cukup dan konsisten. Mana-mana bahagian yang tak cukup simen, hanya tambah dan penuhkan sahaja.
Cuma, semasa tambah simen, pastikan cuci terus permukaan bata itu apabila terkena simen. Apabila sudah siap dan simen cukup keras, cuci lagi sekali permukaan bata itu dan biarkan kering secukupnya.
Akhir sekali, apabila bata sudah cukup kering dan bersih, kita boleh sapu clear varnish untuk naikkan warna bata merah itu dan juga sebagai protection untuk permukaan bata itu.
Biasnaya, tukang akan guna clear varnish jenama Dolphin. Untuk design seperti ini, ianya perlukan sedikit maintenance. Sebaiknya, dalam tempoh setahun atau setahun setengah, sapu balik clear varnish pada surface bata merah itu.
Kesimpulannya untuk buat tembok seperti ini,kena banyak bersabar. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit: Mohd Helmy Ismail