Tips Supaya Ruang Yang Kecil Nampak Lebih Luas

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ramai yang pening nak hias rumah dengan ruang yang terhad. Susun atur perabot, warna dan beberapa faktor lagi memainkan peranan yang penting.

Berikut adalah beberapa tips supaya ruang yang kecil nampak lebih luas yang dikongsi oleh satu page di Facebook Teratak dekor.

Tips Supaya Ruang Yang Kecil Nampak Lebih Luas Dan Menarik

Tips Supaya Ruang Yang Kecil Nampak Lebih Luas

Gunakan cat dinding dengan tona warna lembut dan neutral. Warna neutral dianggap warna yang selamat dan bersifat fleksibal kerana mudah dipadankan dengan warna yang lain.

Tips Supaya Ruang Yang Kecil Nampak Lebih Luas

Pilih sofa yang berkaki.

Sebolehnya elakkan beli sofa set. Sebab ianya besar dan akan buat ruang nampak lebih kecil. Tipsnya boleh mix kan sofa dengan wing chair dan stool dari design, warna dan texture yang lain.

Tips Supaya Ruang Yang Kecil Nampak Lebih Luas

Pemilihan Langsir Yang Tepat.

Langsir pula, haruslah digantung tinggi ke syiling. Langsir yang digantung mengikut bingkai tingkap akan membuat ruang nampak lebih sempit.

Tips Supaya Ruang Yang Kecil Nampak Lebih Luas

Perabot 2 Dalam 1.

Seterusnya, guna perabot pelbagai guna, Sebagai contoh, sofa bed. Tips ini sesuai untuk orang bujang yang menyewa bilik. Tidak perlu keluarkan modal yang banyak untuk beli katil dan kerusi.

Tips Supaya Ruang Yang Kecil Nampak Lebih Luas

Rak Gantung.

Sekiranya terdapat rak atau hiasan dinding, susun secara menegak ke atas bukan mendatar.

Tips Supaya Ruang Yang Kecil Nampak Lebih Luas

Cermin Besar.

Penggunaan cermin yang besar dapat memantulkan cahaya dan memberikan impak ruang yang lebih luas.

Sampai disini sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down