Tak kiralah bangsa apa sekalipun di dunia ni , semuanya sangat menitik beratkan dapur yang kemas dan selesa. Hal ini demikian kerana dapur merupakan jantung hati dalam setiap rumah terutama sekali bagi yang suka memasak.
Disebabkan itu, dapur merupakan ruang penting dalam rumah. Giler tak penting. Kalau korang beli rumah lepas tu tak ada dapur, macam mana? Boleh 'pokai' kalau hari-hari nak makan dekat kedai.
Jadi tak hairan la jika ramai antara kita yang mementingkan ruang dapur yang lebih selesa, kemas dan cantik seperti yang dilakukan oleh ruma.aep. Beliau telah melakukan transformasi dapur lama kepada dapur baru berkonsepkan dapur moden.
Keadaan Dapur Sebelum Diubahsuai
Disebabkan ruang dapur sempit, jadi tak boleh nak letak banyak barang.
Jadi ambil keputusan untuk buat kabinet dapur. Boleh sorok barang kat dalam kabinet lepas ni.
Hasil Akhir Transformasi Dapur
Tada! Kitchen transformation is done! Dapur nampak lagi luas dan mewah. Yang dekat dinding tu saya tampal wallpaper je nak bagi nampak mewah plus tak nak bagi dinding kotor. Kalau korang nak wallpaper macam tu, korang boleh dapatkan di shopee.
Sekian saja perkongsian dari Giler Deco mengenai transformasi dapur pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda semua. Jika tiada bajet yang tinggi, jangan berhutang untuk memperoleh dapur idaman anda kerana ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mencantikkan ruang dapur. Stay tune!
Sumber : @ruma.aep (Tik Tok)