Tinggal di rumah lama jenis 2 tingkat bukanlah menjadi masalah dan penghalang untuk tidak melakukan dekorasi rumah supaya kelihatan cantik. Disebabkan beliau tidak berkesempatan untuk melakukannya sendiri. Beliau telah mengupah seorang pakar design dalaman rumah untuk memastikan rumahnya kekal kelihatan menarik
Itu yang dilakukan oleh pereka design dalaman rumah ini yang bernama Wani Ziwani. Beliau telah diberi tanggungjawab untuk melakukan ubahsuai rumah tersebut mengikut konsep dan keinginan pemiliknya.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti keadaan sebelum dan selepas rumah ini diubahsuai.
Main warna sejuk je bagi rumah mood tenang, relax dan lapang. Rumah di Johor Bharu jenis double storey, sharing is caring.
Kod cat jotun 1032 iron grey (yang gelap sikit side langsir). Jotun 10678 space (light grey)
Keadaan kediaman ini sebelum diubahsuai.
Keadaan selepas diubahsuai dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah. Penggunaan warna pastel dan neutral cukup sesuai untuk menjadikan ruang tamu nampak sejuk.
 Susun atur perabot yang sangat menarik.
Dekorasi cermin dinding.
Gambar penuh dekorasi pada ruang tamu.
Keadaan ruang makan selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca.