Sepasang adik-beradik ini telah bersepakat untuk membuat kejutan kepada kedua ibubapa mereka. Terdapat satu rumah pusaka yang usang namun ia bermakna buat kedua ibubapa mereka. Kejutan yang mereka ingin buat ialah mengubahsuai rumah tersebut konsep "vintage retro".
Menurut daripada perkongsian daripada Afzaini Zam Mahmad dilaman Facebook, demi membahagiakan orang tua mereka. Adik beradik tersebut bersepakat untuk pulang tanpa pengetahuan ibubapa mereka. Ia bertujuan untuk mengubah suai rumah pusaka tersebut.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana hasil ubahsuai ini dilakukan oleh adik beradik tersebut dan juga beberapa gambar halaman yang telah diubahsuai menjadi "Vintage Retro". Ramai netizen terharu melihat kesungguhan daripada adik beradik ini.
Suprised! Rancangan "hanya kami sahaja yang pulang ke kampung tanpa pengetahuan mak & ayah" nampaknya berhasil. Hadiah dari kami adik beradik & menantu untuk mak dan ayah.
Inilah hasilnya setelah susunatur semula dibuat, dengan cat dinding, beli sikit2 barang dari ikea & kaison, refurbished perabot2 lama dalam rumah
LAKARAN SEBELUM MEMBUAT UBAHSUAI
Sebelum melakukan pengubahsuaian terlebih dahulu, lakaran perlu dilakukan untuk tengok apa yang terbaik dan susunan perabot yang mana hendak diletakkan. Apabila settle semua, proses ubahsuai boleh dimulakan.
PROSES PENGUBAHSUAIAN
HASIL UBAHSUAI RUMAH PUSAKA
RUMAH TERSEBUT RUMAH ARWAH ATUK YANG BERUSIA HAMPIR 50 TAHUN
Setelah berhempas pulas membawa barang2 hiasan dr KL ke kampung halaman, akhirnya tercapai juga hasrat kami nak cantikkan rumah peninggalan utk mak dari arwah atuk yg berusia lebih kurang 50 tahun ni di Kampung Layang Layang, Kluang, Johor.
Memakan masa 2 hari kami gunakan secukupnya cuti peristiwa sempena kemenangan parti Pakatan Harapan, kami berjaya mengecat, menyusun, mengemas, tuka langsir, tikar getah dan macam2 lah untuk rumah mak ni sebelum kemunculan bulan Ramadhan minggu depan.
Tahun ni mak & ayah bolehla kita beraya di kampung dengan suasana baru rumah berkonsepkan "vintage retro modern" sentuhan anak2 mak... kami hadiahkan buat mak & ayah sempena :
- HARI RAYA AIDILFITRI
- HARI IBU
- MALAYSIA BARU
Semoga mak & ayah selesa menyambut lebaran yang akan tiba di rumah singgah kita di kampung nanti. Seperti biasa mak & ayah akan balik dulu 2 minggu sebelum raya dan anak-anak yang lain akan menyusul selepas tu dengan menantu dan cucu untuk sama-sama berkumpul berhari raya di kampong.
Sumber : Afzaini Zam Mahmad