Pagar rumah jenis perumahan dengan design rumah jiran bersebelahan biasanya hanya menggunakan pagar dawai sahaja. Sudah pasti agak sukar untuk kita melakukan aktiviti keluarga kerana agak terlalu terbuka, lebih-lebih lagi untuk bermain kolam bersama anak.
Jika mahu menukar pagar baru, sudah pasti perlu mengeluarkan bajet yang agak besar, jadi apa kata kita hasilkan satu pagar privasi pada bahagian kolam tersebut supaya lebih terlindung daripada penglihatan jiran sebelah rumah.
Itu yang dilakukan oleh seorang bapa yang bernama Lee Sparrow. Beliau telah menghasilkan satu projek diy pagar privasi pada bahagian kolam rumah supaya anaknya tidak malu dan dapat bermain kolam dalam keadaan yang selesa.
Jadi, jom ikuti perkongsian pagar privasi yang agak menarik dan kreatif ini.
DIY pagar taman, anak nak mandi kolam malu dekat jiran katanya.
Pagar yang dihasikan guna papan shera dan C-channel. Lampu Solar dan frame bunga dibeli dari Shopee.
Jadi, boleh la buat tempat lepak-lepak sambil mandi kolam.
Disebabkan pagar itu dihasilkan untuknya, anaknya itu sangat rajin menolong meratakan pasir pada pada kawasan tersebut.
Kerangka pagar dibuat dengan menggunakan besi C-Channel.
Anaknya sangat suka bermain pasir, jadi inilah aktiviti anaknya sebelum pagar tersebut dibina.
Kerangka pagar mula dinaikkan.
Inilah papan shera yang ingin dijadikan pagar.
Papan shera selesai dipasang pada kerangka yang telah disediakan tadi.
Sangat gembira bos kecilnya setelah pagar selesai dipasang.
Keadaan pada waktu malam bahagian kolam itu.
Sedikit penambahan dekorasi dengan meletakkan pasu bunga mini sebagai penyeri.
Inilah hasilnya setelah bahagian ini selesai di deco.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba menghasilkan pagar privasi untuk kelesaan anak-anak bermain di bahagian kolam dan halaman rumah.
Semoga bermanfaat untuk semua.