Raya tahun ni confirm meriah setelah dua tahun menyambut hari raya aidilfitri dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasti ramai yang berlumba-lumba nak menunjukkan skill menghias rumah lebih-lebih lagi bagi orang yang ingin mengadakan open house.
Walau bagaimanapun, berpada-pada lah dalam menggunakan wang untuk perbelanjaan hari raya nanti. Sekarang kan kerajaan bagi kebenaran untuk keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Korang jangan habiskan semua duit itu untuk membeli barang raya tau. Simpan juga untuk kegunaan pada masa hadapan dan waktu kecemasan.
Sebenarnya boleh je deko rumah dengan modal yang rendah seperti yang dilakukan oleh Smaway Waty. Jom ikuti perkongsian dari beliau mengenai dekorasi dinding raya yang telah dilakukan.
Barang-barang yang diperlukan:
p/s: 1 kg boleh guna untuk dinding berkeluasan 3 meter persegi.
Cara-cara untuk melakukan dekorasi dinding menggunakan gentian kapas.
p/s: Gentian kapas mengambil masa selama 2 hari untuk kering sepenuhnya.
Tada! Cantik kan selepas dideko dengan gentian kapas ni. Siapa je tak nak bila dekorasi semewah ni kan. Modal rendah, hasil mantap!
Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi dinding raya kali ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda deko rumah untuk hari raya nanti. Selamat mendeko!
Sumber : @smawaywaty (Tik Tok)