Projek DIY Kabinet Tupperware Hasil Permintaan Dari Isteri

4,323 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap ibu atau mak ni memang suka sangat untuk kumpulkan tupperware dirumah. Kalau hilangnya tupperware dirumah memang komfirm kena marah kaw-kaw kan? Jadi, peringatan untuk diri sendiri janganlah hilangkan tupperware ibu kita ini.

Untuk elakkan daripada tupperware hilang bolehlah buat DIY Kabinet Tupperware khas ini. Kabinet ini juga merupakan permintaan khas daripada isteri tersayang kepada Izat Akmal. Menurut beliau, hasil diy yang dilakukan tersebut memerlukan masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan.

Bahan-bahan untuk membuatnya juga tidaklak rumit untuk dapatkannya. Banyak boleh order didalam shopee. Nak tengok hasil akhir projek ini? Jom kita melihat hasil akhir yang dilakukan oleh Izat Akmal ini.

Permintaan Dari Isteri. Projek DIY Kabinet Tupperware Siap Dibina Oleh Suami Tersayang

Assalam, selepas siap bilik air, siap pulak rak kabinet tupperware katanya. Permintaan isteri, suka sangat rak tinggi 8 kaki tinggi. Orang pompuan memang suka rak tinggi ehhhh? Huhu amik masa seminggu lebih jugak. Masih belum pandai guna mesin welding. Material besi hollow 1x2 dan 1x1 Kayu hevea board, kayu getah 18mm.

Cat pakai berus je, nippon steel, cat kayu kcc mahogany timber stain. Besi jaring diamond tepi tu hati² kalau nak guna, saya sander dulu bucu dia sebab tajam, bahaya kepada kanak². Tombol je belum pasang sebab tak sampai lagi order dari shoppe. Moga jadi inspirasi pada yang nak bermula kerana saya adalah zero. Saya terlalu minat dengan perabot gabungan besi dan kayu.

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Membuat DIY Kabinet Tupperware Ini

Proses DIY Kabinet Yang Sedang Dilakukan

Proses pertama adalah dengan melakukan rangka kabinet tersebut. Tinggi kabinet ini adalah setinggi 8 kaki.

Tinggikan kabinet ni? Selepas dah siap rangka. Ni dia hasil selepas saya letakkan jaring diamond kat tepi kabinet tersebut. Kayu hevea board diletakkan sebagai tapak kabinet tersebut. Kayu ni kukuh dan ianya sesuai sangat.

DIY Kabinet Tupperware

Pintu kabinet juga jangan lupa untuk dilakukan. Nampak pelik pula kalau kabinet tiada pintu.

Hasil Akhir DIY Kabinet Tupperware Yang Siap Dilakukan

Alhamdulillah, akhirnya siap juga diy kabinet yang dilakukan ini. Nampak semakin happy mood isteri ni selepas tengok rak ni. Hehehe.

DIY Kabinet Tupperware
DIY Kabinet Tupperware

Semoga diy ini mampu jadikan inspirasi untuk anda luar sana kalau ada nak buat kabinet sebegini.

Sumber : Izat Akmal

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down