Projek DIY Lakukan Meja Kayu Bajet Daripada Kayu Terpakai

158 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sis Nani's Makeovers ini sememangnya merupakan seorang tukang DIY yang sangat kreatif dan rajin terutamanya kalau bab-bab projek DIY ini. Kalau dulu pernah membuat DIY bekas roti, kini ada projek yang menggunakan lebihan kayu yang terpakai.

DIY yang beliau buat tersebut adalah projek membuat meja kayu bajet dimana hasil tersebut hanyalah menggunakan daripada kayu terpakai sahaja. Tujuan DIY tersebut dilakukan adalah untuk beliau mengisi masa lapang sewaktu berada dirumah.

Nak tengok bagaimana hasil ini dilakukan dan rupa meja pada akhir DIY ini? Jom kita tengok diy yang dilakukan oleh sis ini. Komfirm anda akan terpikat dengan hasil projek tersebut.

Projek DIY Melakukan Sebuah Meja Kayu Bajet Hasil Daripada Kayu Terpakai

Musim terkurung ni kan, Mula la mikir aktiviti. Nak elak bosan. Nak elak stress. Dah lama nak meja macamni tapi nak guna kayu2 lawo segan la pulak nk membeli kayunya.

Taknak membazir kekdahnya.Macam biasa, nak guna apa je yg ada ikut kemampuan. Gigih pilih kayu yang Mana Ada je. Walaupun kat rumah ada 3 lelaki perkasa, tapi mmg ikut perangai arwah mak kot, suka nak buat sendiri walaupun tak semenggah rupanya.

Ansur2 buat dek kekangan cuaca. Lagipun cepat2 siap nak pegi kemana. Alhamdulillah setakat tu rupa kejadiannya. Ada sesikit lagi tu, kita mekap kendian. Hargai apa yang ada. Selagi mana boleh buat kita bahagi.

Proses Untuk Melakukan Meja Kayu Bajet Ini

Projek dimulakan dengan mengambil beberapa kayu terpakai untuk membuat meja kayu ini. Buatkan rangka kaki dan juga permukaan meja untuk sambungkannya.

Meja Kayu Bajet

Letak dahulu sebab nak tengok okay atauupun tidak. Lebih kurang try and error laaa. Kalau ada apa-apa masalah overhaul balik buat semula.

Beralih pula kepada proses mengukuhkan meja ini. Masa untuk masukkan paku agar meja ini kukuh untuk digunakan.

Meja Kayu Bajet

Wowww! Dah nampak ada rupa meja kayu bajet dah ni. Letakkan syelek sedikit sebab untuk elakkan serpihan kayu yang lain terkena jari.

Meja Kayu Bajet

Letak kat tempat panas agar ianya cepat kering. Lepas kering boleh siap digunakan.

Alhamdulillah, siap juga akhirnya proses membuat meja diy bajet ini. Meja ini saya letak kat bahagian rumah macam dalam gambar dibawah.

Meja Kayu Bajet
Meja Kayu Bajet

Kredit : Nani's Makeovers

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down