DIY Lanskap Rumah Yang Simple Untuk Halaman Rumah

14,063 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai sebuah lanskap yang cantik pada halaman rumah ini sudah pastinya akan membuatkan rumah kita sedap mata memandang. Ia juga mampu membuatkan rumah anda nampak lebih berseri juga.

Jika anda menginginkan sebuah lanskap rumah yang cantik, DIY lanskap rumah sahaja dengan mudah seperti yang dilakukan oleh Mhd Saiful Bin Sapian ini.

Jom kita tengok perkongsian daripada beliau yang menerangkan cara untuk diy dan bahan-bahan yang diperlukan.

Pemuda Ini Melakukan DIY Lanskap Rumah Yang Simple Pada Halaman Rumah Beliau

DIY lanskap simple tapi sedap mata memandang. Saya nak kongsikan DIY landskap kat halaman rumah saya dengan keluasan 3x16sqft.

Sebenarnya masa puasa dah siap tapi masa tak mengizinkan untuk saya post. Jadi hari raya yang ke 2 ni baru ada masa.Terus terang saya cakap. Dalam bidang tanaman (lanskap) belum cukup ilmu lagi. Kalau ada apa-apa kesalahan Lanskap ni otai2 yang berpengalaman boleh bagi tunjuk ajar.

Design plan sendiri tapi di ubah oleh wife

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Proses Membuat Lanskap Halaman Rumah Yang Simple

Ni gambar sebelum yang nampak berserabut. Jadi terhasil la idea nak buat lanskap depan rumah. Sebelum tu siram racun rumput dulu biar layu semua barulah korang cabut rumput tu. Tempoh nak tumbuh balik dalam masa 3 bulan. Lepas ni sampai bila-bila tak kan tumbuh balik

DIY Lanskap Rumah

Selesai cabut/ buang semua rumput atau batu yang tersembunyi dalam tanah jadi korang ratakan tanah supaya sekata. Aku buat tak berapa perfect. Mungkin korang buat yang perfect.

DIY Lanskap Rumah

Dah rata tanah baru tambah dengan pasir kat atas bagi tinggi sikit. Nanti rumput tak tumbuh.

DIY Lanskap Rumah

Saya menanam pokok jasmine putih pada bahagian hujung kiri dan kanan supaya landskap tampak lebih menarik. Lebih -lebih lagi pada hari ujan, dedaun pokok ini nampak berkilat-kilat bagaikan diselaputi salji.

DIY Lanskap Rumah

Ini (weed plastik) untuk tutup cahaya supaya rumput tak tumbuh.

Saya tebuk lubang untuk pokok tu supaya kalau nk siram air kat pokok tu senang.

DIY Lanskap Rumah

Rumput tiruan ni pun saya tebuk tapi pastikan nampak tanah nanti nak siram air pun dapat. Pokok pun tak mati.

Sebelum nak hias batu ni saya cuci dulu batu ni.

Yang selebihnya tengah-tengah ni 3x3sqft jadi saya hiaskan dengan batu hiasan dan batu square tu untuk letak pasu

Kalau nak hias batu kat keliling pokok pastikan bentuk batu yang sama saiz dan betul-betul bulat baru nampak kacak.

Susun pasu sebaris dan center.

Hasil Akhir DIY Lanskap Rumah Yang Simple

DIY Lanskap Rumah
DIY Lanskap Rumah

Sumber : Mhd Saiful Bin Sapian

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down