DIY Rak Dapur Menggunakan Kayu Pallet

4,641 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rak dapur yang cantik mampu menambahkan lagi seri ruang dapur rumah. Selain boleh dibeli di kedai, sebenarnya  anda boleh diy sendiri sahaja rak dapur di rumah. Ianya bukan sahaja lebih jimat, malah lebih kemas dan cantik jika anda mempunyai ilmu pertukangan yang betul.

Untuk posting kali ini Giler Deco akan berkongsi sebuah posting asal daripada laman Facebook Maliq's Kitchen yang diy rak dapur menggunakan kayu pallet sahaja. Siapa sangka kan dengan menggunakan kayu terbuang pun boleh terhasilnya rak dapur yang cantik.

Jom kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Barang-barang yang digunakan

  • Kayu pallet -klik di sini untuk beli
  • Besi untuk rak -klik di sini untuk beli

Rak dapur menggunakan kayu pallet

Dapur yang agak kecik ruang. Kena gunakan semaksima dinding yg ada. Modal kurang Rm200. Dapat Juga buat rak yang sangat bermanfaat untuk kehidupan harian kita. Besi n pallet je bahan2 nya..

Antara barang-barang yang digunakan laitu kayu pallet sebagai bahan utama dan besi untuk menyokong kayu. Buat pengetahuan anda juga, besi seperti ini juga boleh ditempah daripada tukang besi.

Alatan-alatan seperti gegarji dan pembaris yang digunakan untuk membuat rak kayu berasaskan kayu pallet ini. Bagi anda yang ingin membeli gergaji online, boleh klik di sini.

Rak kayu daripada kayu pallet digunakan untuk meletakkan barang-barang untuk mencuci pakaian. Memang cantik kan ruangan laundry macam ni. Simple dan kemas.

Rak ini juga digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan. Memang sangat menjimatkan ruang kan. Sesuai untuk sesiapa yang memiliki ruangan dapur yang tidak begitu luas.

Sumber: Maliq's Kitchen

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down