Daripada kawasan hadapan rumahnya semak dan menjadi tempat pembiakkan nyamuk, pemuda ini yang bernama<a
href="https://www.facebook.com/uncledin.din.16"> UncleDin Din telah memberikan nafas baru pada kawasan tersebut.Beliau telah menghasilkan satu tempat bersantai yang sangat kreatif dan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita lihat bagaimana ianya dilakukan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Dari terbiar semak, baik jadikan tempat bersantai.
Bermula dengan angan-angan, akhirnya jadi pembaharuan. Laman hadapan rumah sahabat saya sedang diubahsuai untuk dijadikan tempat bersantai.
Saya yang tak berapa mahir ni jadi orang harapannya untuk mencapai angan-angannya. Untuk setakat ini, inilah hasilnya.
Permintaan seterusnya, dinding dan pagar bahagian tepi yang masih belum terbina sebab belum dapat idea lagi. Mungkin cikgu-cikgu atau sifu dalam group ini boleh berkongsi idea dengan kami dan semua.
Disudahi dengan ucapan terima kasih dan semoga bermanfaat.
Kawasan sebelum ini dipenuhi dengan semak samun.
Proses-proses ubahsuai sedang giat dijalankan.
Akhirnya siap. Cantik dan sangat menarik.
Owner telah membayar tol kesan, jadi tidak menjadi satu masalah untuk mendirikan kawasan untuk bersantai
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat. Akhir kata, tidak salah rasa menyumbangkan rezeki berbentuk tempat riadah/santai untuk penduduk kejiranan daripada biarkan menjadi semak dan tempat pembiakkan nyamuk.