Projek Tempat Simpanan Luar Dilakukan Untuk Simpan Barang

784 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai sebuah tempat simpan luar pada bahagian luar rumah antara ruang yang wajib ada terutamanya nak simpan barang khas untuk berkebun. Jika tiada tempat simpanan tersebut dimana korang nak letak barangan berkebun semua? Takkan nak berselerak merata tempat.

Jadi, pengguna facebook dengan nama アリフ モクタル ini berkongsikan hasil beliau melakukan sebuah ruangan khas untuk barang diluar rumah. Caranya adalah dengan dapatkan beberapa bahan seperti c channel, v batten dan lain-lain lagi.

Jadi? Tunggu apa lagi. Jom kita lihat hasil diy tempat simpanan luar yang dilakukan oleh アリフ モクタル ini.

Projek DIY Tempat Simpanan Luar Untuk Menyimpan Barang Bahagian Luar Rumah

Project DIY : Outdoor Storage

Skop : Rak/Shelving, Support Column

Konsep : Rak/Shelves yang kuat untuk letak barang2 berat. Ada bahagian untuk letak peralatan dengan pemegang panjang seperti Cangkul, Penyapu, dll, siap dengan penghadang supaya tak jatuh kena kepala bila buka pintu nanti (pintu belum siap).

Pintu belum diputuskan. Mungkin Louvered Aluminum Door (Swing atau Sliding). Tinggalkan ruang 70mm untuk Frame Pintu. Tak plan untuk cover dengan gypsum board/cement board sebab tak nampak apabila sudah ada pintu.

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Membuat Simpanan Luar Ini

Proses Membuat Projek DIY Simpan Luar Ini

Bahagian inilah yang ingin dijadikan sebagai tempat simpanan barang pada bahagian luar. Sekurangnya boleh muatkan banyak barang.

Tempat Simpanan Luar

Hujung v baten skrukan macam ni agar ianya tidak mempunyai ruang dan kesemua v baten rapat antara satu sama lain.

Tengah-tengah tu letak tulang sikit supaya sturdy dan menjadi lebih kukuh nak letak barang berat.

Tempat Simpanan Luar

Hasil selepas pasang kesemua C channel dan ketatkan ianya guna skru self drill.

Tempat Simpanan Luar

Selepas pasang. C Channel melintang tu ditambah untuk mengelakkan peralatan jatuh contoh seperti penyapu, cangkul etc.

Tempat Simpanan Luar

Ini dia gambaran saya meletakkan barang-barang pada tempat simpanan luar ini.

Tempat Simpanan Luar

Sumber : アリフ モクタル

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down