Cara Lakukan DIY Gazebo Halaman Rumah

743 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan dekorasi pada halaman rumah secara DIY pada masa kini sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan kita semua. Untuk menghasilkan dekorasi halaman rumah, selain daripada menghasilkan landskap yang menarik, kita juga boleh membina satu kawasan untuk bersantai dan berehat pada waktu petang seperti gazebo.

Kalau zaman dahulu, biasanya pemilik rumah memilih untuk mengupah orang membina gazebo. Namun, pada masa kini, kebanyakan pemilik rumah lebih memilih untuk menghasilkannya sendiri dengan cara DIY sahaja.

Perkara tersebut dilakukan sendiri oleh lelaki ini yang bernama Are Juan. Beliau juga sempat berkongsi cara lakukan DIY gazebo halaman rumahnya.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian cara DIY gazebo yang cukup kreatif dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Membuat DIY Gazebo

Alhamdulillah.

Hasil bertukang seorang diri buat perlahan-lahan. Biar lambat janji siap.

Kayu yang digunakan untuk penghasilan gazebo. Untuk bahagian tiang, kayu yang digunakan adalah jenis Cengal Batu dan Cengal Emas bersaiz 4x4.

DIY Gazebo

Proses-proses bertukang mula dilakukan.

DIY Gazebo

Kayu yang ingin dijadikan tiang itu ditebuk dan dikorek terlebih dahulu.

DIY Gazebo
DIY Gazebo
DIY Gazebo

Kerangka gazebo mula dibentuk terlebih dahulu.

DIY Gazebo

Selepas itu, pasang kerangka bahagian atap pula.

DIY Gazebo
DIY Gazebo
DIY Gazebo
DIY Gazebo

Langkah seterusnya pula adalah dengan memasang bumbung zink supaya gazebo itu teduh.

DIY Gazebo

Buluh ini berfungsi sebagai pagar gazebo tersebut.

DIY Gazebo

Cat kayu mula disapu.

DIY Gazebo

Hasil setelah selesai disyelek.

DIY Gazebo

Seterusnya pula adalah proses penghasilan corak pada bahagian atas gazebo.

DIY Gazebo

Ukur terlebih dahulu kawasan kayu yang ingin dilakar corak tersebut.

DIY Gazebo

Corak yang ingin dibuat dilakar terlebih dahulu.

DIY Gazebo

Setelah selesai melakar dengan corak yang pilihan hati, tiba masanya untuk proses mengukir dan menebuk pula. Kayu hiasan tersebut mula ditebuk dengan bentuk bulat.

DIY Gazebo

Kayu hiasan setelah selesai dibuat corak dan disapu syelek.

DIY Gazebo

Proses pemasangan kayu hiasan tersebut mula dilakukan.

DIY Gazebo

Tempat alas kaki yang dihasilkan.

DIY Gazebo

Inilah hasil akhir pondok gazebo yang telah selesai dibina. Sangat cantik dan kreatif.

DIY Gazebo
DIY Gazebo

Sungguh kreatif dan terbaik kerana beliau mampu menghasilkan DIY gazebo pada halaman rumahnya tanpa perlu mengupah orang lain. Mesti seronok lepak petang-petang sambil minum kopi bersama keluarga.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down