Rumah Sewa Kosong Diberikan Dekorasi Cantik Pertama Kali

5,826 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

"Bestnyer kalau dapat rumah sewa kosong, boleh buat dekorasi yang cantik mengikut kemahuan kita yang diinginkan. Beli perabot pun beli yang mana nak jer asalkan nampak kemas dan cantik"

Sesetengah orang memang akan ada mencari sebuah rumah sewa yang kosong untuk melakukan dekorasi yang simple. Jika rumah sewa kosong ini mungkin harganya lebih murah berbanding yang dah siap ada perabotkan? Dapat jer rumah sewa sebegini sudah tentu rasa bersyukur sangat.

Pengguna facebook yang bernama Norhaidah Binti Noordin ini berkongsikan sebuah dekorasi yang cantik pada rumah sewa beliau yang kosong keluasan 650 Sqft ini. Walaupun hanyalah rumah sewa bagi mereka sudah cukup sempurna dan yang penting owner rumah sewa tersebut pun sempoi dengan hasil yang dilakukan.

Dekorasi Cantik Diberikan Kepada Rumah Sewa Kosong Keluasan 650 Sqft Buat Pertama Kali

Saya share sikit rumah yang saya sekeluarga duduk. Hanyalah rumah sewa. Berkeluasan 650sqft. Walaupun sekadar rumah sewa tapi kami suami isteri serta anak2 suka rumah nampak kemas,cantik. Tapi cara kami la. Tak ada perabot mahal2 pun.

Dan terhasil la deko2 yang tak seberapa. Rujukan saya banyak dari group ni. Tapi paling utama saya minat betul hasil kerja ID Puan Anis Syuhada. Bab tuan rumah,mula2 nak sewa dia ada cakap jaga rumah elok2 dan alhamdullilah kami pun buat yang terbaik!

Dekorasi Rumah Sewa Yang Cantik Dan Sedap Mata Memandang

Masa sedang decide untuk cat bahagian ruang tamu ini walaupun rumah ni rumah sewa.

Rumah Sewa Kosong

Mula2 masuk gini la keadaannya.

Rumah Sewa Kosong

Yang ni adalah dekorasi dahulu. Dulu fikir asal boleh sebab hilang sudah minat deko masa ni.

Tapi suami cakap jom kita buat macam sebelum ni maksudnya deko2 la tu cuma nak lebih lagi cantik.

Rumah Sewa Kosong

Untuk dekorasi baharu ni saya tukar kepada cat Jotun Washed Linen. Beza kan effect dia?

Rumah Sewa Kosong

Rumah sewa saya hanya guna tikar getah sahaja.

Rumah Sewa Kosong
Rumah Sewa Kosong

Kredit : Norhaidah Binti Noordin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down